Read more: http://www.blogdoctor.me/2006/11/how-to-add-favicon-to-your-blog.html#ixzz11dcHMsh2 Read more: http://www.blogdoctor.me/2006/11/how-to-add-favicon-to-your-blog.html#ixzz11ooQVqOT Read more: http://www.blogdoctor.me/2006/11/how-to-add-favicon-to-your-blog.html#ixzz11oox6VBw

Sabtu, 16 Oktober 2010

Menjelang Hari Peperiksaan

APA YANG HARUS DILAKUKAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN ?
Oleh : Badruzamani Azmi

1. Anda seharusnya cuma mengulang kaji nota – nota yang telah anda sediakan, bukan lagi membaca buku – buku teks.

2. Pada saat ini juga anda seharusnya sudah dapat membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada rakan – rakan anda sendiri supaya dapatmembincangkan apa yang telah anda pelajari selama ini.

3. Bertukar – tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain kerana banyak manfaatnya.

4. Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.

5. Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pad jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda.

6. Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang – kurangnya setengah jam dari masa yang ditetapkan.

7. Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota anda sepintas lalu. Ini untuk menyegarkan kembali ingatan anda tentang topik pelajaran yang bakal disoal nanti.

8. Elakkan daripada berbual – bual kosong kerana tidak mendatangkan faedah.

9. Lengkapkan diri anda semasa hendak menghadiri mana – mana peperiksaan sekalipun. Pastikan kad pengenalan diri anda ada dibawa bersama.

10. Semak dan tentukan bahawa anda menjawab di tempat – tempat yang disediakan. Sebarang kesilapan akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan.

11. Sebaik sahaja mendapat kertas soalan, bertenanglah. Baca segala arahan dalam kertas soalan dengan teliti.

12. Pastikan anda benar – benar faham dengan kehendak soalan itu sebelum memulakan sesuatu peperiksaan.

13. Tentukan jumlah masa yang perlu untuk menjawab satu – satu soalan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan.

14. Bahagikan masa mengikut kepentingan sesuatu soalan. Markah penuh bagi satu – satu soalan dinyatakan dalam kertas soalan itu.

15. Peruntukan juga masa untuk menyemak jawapan anda. Pastikan anda telah mengikut arahan yang betul semasa menjawab soalan. Semak bahasa atau tatabahasa, penyampaian, ejaan dan sebagainya kerana semua ini diambil kira, selain fakta yang dkehendaki.

16. Tulisan juga perlu diberi perhatian supaya pemeriksa senang membacanya.

0 comments:

Catat Ulasan

;